Thursday, November 14, 2013

Kisah Rasulullah SAW menasihati puterinya Fatimah Az-Zahra



Pada suatu ketika Rasulullah SAW datang kerumah puterinya iaitu Fatimah Az-Zahra. Ketika Rasulullah SAW sampai baginda SAW terdengar bunyi Fatimah sedang menggiling sesuatu. Lalu Rasulullah SAW pergi ke dapur dan mendapati Fatimah sedang menggiling bahan makanan menggunakan penggiling tangan batu sambil menangis.

Lalu baginda SAW bertanya kepada Fatimah, "Wahai puteriku apa yang menyebabkan engkau menangis? Semoga Allah tidak menyebabkan kamu menangis."Fatimah menjawab, "Ayahandaku saya menangis bukan kerana melakukan urusan rumahtangga disebabkan Allah. Sudikah ayahanda meminta kepada Ali (Suaminya) supaya mencarikan saya seorang pembantu untuk menolong saya?"

Rasulullah SAW tidak menjawab pertanyaan anak kesayangannya itu sebaliknya baginda SAW mengambil sedikit bahan makanan yang hendak digiling itu dengan tangannya kemudian diletakkan ke dalam penggiling sambil mengucapkan lafaz "Bismillahirahmanirahim."Sebaik sahaja Rasulullah SAW mengucapkan batu penggiling itu berputar sendirinya dengan izin Allah. Rasulullah SAW meletakkan bahan makanan yang lain sehinggalah kesemuanya habis digiling.Setelah selesai semuanya lalu Rasulullah SAW berkata kepada puterinya, "

Jika Allah menghendakki sudah pasti batu penggiling itu berputar sendiri untuk membantumu tetapi Allah hanya menghendakki ditulisnya beberapa kebaikan dan dihapuskan kesalahanmu dan kemudian mengangkat darjatmu. Wahai puteriku, wanita yang menggiling makanan untuk suami dan anak-anaknya Allah akan berikan satu kebaikan dan mengangkat satu darjat daripada setiap makanan yang digiling itu."

"Puteriku Fatimah, mana-mana wanita yang berpeluh akibat menggiling gandum untuk suaminya Allah akan menyediakan antara dirinya dengan Neraka sejauh 7 parit. Mana-mana wanita yang menyikat rambut anaknya Allah akan menyediakan baginya ganjaran orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.""Apa yang penting puteriku Fatimah, ialah keredhaan suamimu apabila kamu melakukan sesuatu, tetapi jika suamimu tidak redha dan marah itu tandanya kemarahan Allah juga terhadapmu."

Jelas Rasululah SAW kepada puteri kesayangannya itu."Seperkara lagi ayahanda ingin ingatkan padamu, setiap isteri yang tersenyum di hadapan suaminya Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Manakala isteri yang menyediakan tempat berbaring untuk suaminya dan mengemas rumah Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan akan datang. Oleh itu berbaktilah kepada suamimu demi mengharapkan keredhaannya." Jelas Rasulullah SAW mengakhiri pesanan kepada puteri kesayangannya.

No comments:

Post a Comment