Wednesday, December 4, 2013

omega guard shaklee for this month




Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                


Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.




promosi bulan ini!! free registeration for independent distributor dengan pembelian omega guard buy 6 free 1.

sape yang berminat boleh PM/whatsapp:
Tel: 018-9426602/013-2002064
Email: fairuzpajilah@gmail.com

shaklee- set kehamilan untuk ibu-ibu mengandung

shaklee-set kehamilan.

Kehamilan merupakan suatu pengalaman yang terindah. Ibu-ibu pasti teruja apabila mendapati diri mereka berbadan dua terutama bagi pasangan yang lama menantikan kehadiran cahaya mata. Apabila ibu disahkan hamil perkara yang perlu dititikberatkan adalah dari segi permakanan. Sepanjang tempoh kehamilan banyak nutrient yang diperlukan oleh ibu-ibu seperti Asid folic, Zat Besi, Kalsium, Protein, Karbohidrat, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D , Magnesium, Asid Lemak Omega 3 bagi menampung keperluan nutrisi tambahan untuk pembentukan bayi dalam kandungan. Nutrien yang mencukupi dapat mengelakkan gejala-gejala seperti dibawah:

❊ Paras Hemoglobin rendah/anemia - keguguran, kelahiran bayi pra matang, bayi kecil, koma, meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia
❊ Masalah sembelit
❊ Diabetes ketika hamil – risiko kematian bayi baru lahir, bersalin secara pembedahan, kecederaan kelahiran akibat bayi yang besar
❊ Praeklampsia/darah tinggi ketika hamil – punca kematian ibu hamil, sawan, kelahiran awal secara paksa/induction of labour 1-2 minggu dari tarikh jangkaan kelahiran
❊ Mabuk/morning sickness
❊ Kekejangan otot
❊ Kecacatan bayi

Pengambilan supplement dan makanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan ibu dan bayi sihat. Jadikanlah kehamilan ibu-ibu suatu pengalaman yang terindah dan elakkan kerisauan dengan pengambilan supplement SHAKLEE kerana SET KEHAMILAN SHAKLEE dapat membekalkan nutrisi yang lengkap.

SET LENGKAP KEHAMILAN:
- vita C
- vita Lea( tidak boleh di ambil dengan ESP
- B-complex
- ostematrix
- Omega Guard
- ESP



 

for more information, boleh PM/whatsapp:
Tel: 018-9426602/013-2002064
Email: fairuzpajilah@gmail.com

shaklee vivix the best!

sharing product session: VIVIX SHAKLEE 

ok, kali ni saya terpanggil untuk sharing dengan semua pembaca blog saya ni mengenai produk Shaklee yang PALING TERBAIK iaitu VIVIX. Untuk makluman semua, vivix ni produk yg PALING MAHAL drp Shaklee, tetapi kesan yg kita akan perolehi sangatlah berbaloi-baloi sangat-sangat... harga retail RM475! kecil je botol dia ni, sebotol boleh tahan dlm sebulan setengah, minum satu sudu teh sahaja setiap hari, biasanya sebelum tidur.

VIVIX ni mmg formula eksklusif drp Shaklee dan mmg tgh tunggu utk dipatenkan. dia ni antioksidan, kesan dia terus ke DNA. Vivix ni repair dan perbaik sel di peringkat selular iaitu di peringkat DNA terus tau. dia ni antioksidan tinggi, mencegah dan membaiki kerosakan sel akibat radikal bebas. radikal bebas ni mmg hari-hari boleh menyerang kita, drp udara, pencemaran, pemakanan, toksin.. dan benda-benda ni la yg membuatkan sel menjadi rosak dan berkumpul menjadi tumor/ketumbuhan ataupun boleh menjadi penyebab kepada penyakit kanser. kdgkala, dek kerana radikal bebas ni, kita MENJADI TUA SEBELUM WAKTU. belum masuk umur 40-50 tahun dh sakit-sakit sendi, dh dpt diabetes, sakit kronik dan sebagainya. pada masa itu, kita tegar untuk mencari rawatan dan pasrah sahaja bila tgk bil melambung tinggi. MAHAL.

ramai yg kata VIVIX ni MAHAL. tetapi saya rasa pencegahan itu adalah LEBIH MURAH daripada merawat. pagi ni saya dlm mesyuarat j/kuasa utk luluskan bantuan perubatan, dan apa yg saya snap ni adalah salah satu drp permohonan yang diterima. ini baru satu ni, ada lagi beratus permohonan yg melibatkan bantuan kos perubatan....semuanya boleh dikatakan penyakit kronik dh.. yg sy attach sekali dekat gambar ni adalah bil untuk penyakit cancer ovari stage IV, kos RM136ribu utk rawatan dia tu...huhuhu skrg, mana yang lagi MAHAL?? Vivix yang berharga RM475 sebotol atau RM136ribu kos rawatan??

sebab tu saya terpanggil utk sama-sama berkongsi dengan semua, supaya kita semua dpt manfaatkan teknologi dan kajian yg org Shaklee dh buat ni. betul lah kesakitan tu Allah yang tentukan, tetapi kita kena ingat, Allah dtgkan diri kita ni sebagai amanah utk kita, kita kena jaga diri kita sebaiknya, dan sememangnya dituntut untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan kita sendiri, kerana diri kita berhak mendapat jagaan dan kesihatan yg baik.

selain drp diri kita sendiri, mungkin ada insan lain yang kita boleh bantu, supaya mereka sihat dan ceria, bahagia... iaitu IBU & AYAH kita... sanggup ke anda melihat mereka terlantar sakit?? mestilah tidak kan? pengorbanan ibu dan ayah tiada tolok bandingnya... so sementara mmg tgh promosi vivix sekarang ni, sy sgt-sgt-sgt sarankan kita semua hadiahkan VIVIX utk ibu dan ayah, utk suami dan yang paling penting, utk diri kita sendiri. kalau kita sendiri tak jaga, siapa nak jaga??

seriously, vivix ni mmg terbaik, the best ever setakat ni. takde brand lain boleh celen buat masa ni...




sesiapa yang berminta boleh PM/whatsapp saya

Tel: 018-9426602/013-2002064
Email: fairuzpajilah@gmail.com

shaklee Lecithin- benefits you get from lecithin


Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan .. contoh buat kek…yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean… i likeee…Dan tgh2 mlm ni saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.

1)Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.

2)Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3)Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,

4)Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.…

5)Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin

6)Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida

7)Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…

8)Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

9)Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema

10)Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11)Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12)Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13)Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. 



for more inquaries, PM/whatsapp
Tel: 018-9426602
Email: fairuzpajilah@gmail.com


Thursday, November 14, 2013

Kisah Rasulullah SAW menasihati puterinya Fatimah Az-Zahra



Pada suatu ketika Rasulullah SAW datang kerumah puterinya iaitu Fatimah Az-Zahra. Ketika Rasulullah SAW sampai baginda SAW terdengar bunyi Fatimah sedang menggiling sesuatu. Lalu Rasulullah SAW pergi ke dapur dan mendapati Fatimah sedang menggiling bahan makanan menggunakan penggiling tangan batu sambil menangis.

Lalu baginda SAW bertanya kepada Fatimah, "Wahai puteriku apa yang menyebabkan engkau menangis? Semoga Allah tidak menyebabkan kamu menangis."Fatimah menjawab, "Ayahandaku saya menangis bukan kerana melakukan urusan rumahtangga disebabkan Allah. Sudikah ayahanda meminta kepada Ali (Suaminya) supaya mencarikan saya seorang pembantu untuk menolong saya?"

Rasulullah SAW tidak menjawab pertanyaan anak kesayangannya itu sebaliknya baginda SAW mengambil sedikit bahan makanan yang hendak digiling itu dengan tangannya kemudian diletakkan ke dalam penggiling sambil mengucapkan lafaz "Bismillahirahmanirahim."Sebaik sahaja Rasulullah SAW mengucapkan batu penggiling itu berputar sendirinya dengan izin Allah. Rasulullah SAW meletakkan bahan makanan yang lain sehinggalah kesemuanya habis digiling.Setelah selesai semuanya lalu Rasulullah SAW berkata kepada puterinya, "

Jika Allah menghendakki sudah pasti batu penggiling itu berputar sendiri untuk membantumu tetapi Allah hanya menghendakki ditulisnya beberapa kebaikan dan dihapuskan kesalahanmu dan kemudian mengangkat darjatmu. Wahai puteriku, wanita yang menggiling makanan untuk suami dan anak-anaknya Allah akan berikan satu kebaikan dan mengangkat satu darjat daripada setiap makanan yang digiling itu."

"Puteriku Fatimah, mana-mana wanita yang berpeluh akibat menggiling gandum untuk suaminya Allah akan menyediakan antara dirinya dengan Neraka sejauh 7 parit. Mana-mana wanita yang menyikat rambut anaknya Allah akan menyediakan baginya ganjaran orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.""Apa yang penting puteriku Fatimah, ialah keredhaan suamimu apabila kamu melakukan sesuatu, tetapi jika suamimu tidak redha dan marah itu tandanya kemarahan Allah juga terhadapmu."

Jelas Rasululah SAW kepada puteri kesayangannya itu."Seperkara lagi ayahanda ingin ingatkan padamu, setiap isteri yang tersenyum di hadapan suaminya Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Manakala isteri yang menyediakan tempat berbaring untuk suaminya dan mengemas rumah Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan akan datang. Oleh itu berbaktilah kepada suamimu demi mengharapkan keredhaannya." Jelas Rasulullah SAW mengakhiri pesanan kepada puteri kesayangannya.